Posts

Showing posts from October, 2015

MALAM ANUGERAH PELAJAR PROGRAM TUISYEN PERKIM 2015

Image
Satu Majlis Penghargaan dan Penyampaian Anugerah kepada Pelajar-pelajar Cemerlang di bawah program Tajaan Tuisyen Pelajar Miskin dan Anak Yatim (PERTAMA-PERKIM) di dalam pencapaian akademik. Majlis diadakan sempena Majlis Makan Malam Amal bagi meraikan Ibu Tunggal dan Miskin pada 31 Mei 2015 (Ahad) di Dewan Perdana Felda. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Azizah Mohd Dun Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga. Penerima Anugerah bergambar bersama-sama YB Datuk Azizah Mohd Dun dan sebelah beliau Y.Bhg Datin Hajah Norlia Tan Sri Marzuki Pengerusi PERKIM Wanita Ulu Klang Pelajar berjaya sesi 2014 gembira diraikan di majlis yang meriah ini

PROGRAM TUISYEN PERKIM 2015 - aktiviti bergambar

Image
Pelajar-pelajar sedang mengikuti kelas Tuisyen Pengarah Program Tuisyen PERKIM 2015 (PERTAMA) melihat dan memantau perkembangan akademik pelajar dari semasa ke semasa. Pelajar membuat tugasan yang diberikan oleh tutor Para pelajar bersyukur dengan adanya sumbangan para syarikat korporat, dapat mereka memperolehi kelas tambahan selain di sekolah Pelajar PERKIM sedang menjawab ujian bertulis. Ujian bagi melihat perkembangan pretasi akademik pelajar