Posts

Showing posts from June, 2016

SESI PENYAMPAIAN DUIT RAYA SEMPENA AIDILFITRI 2016/1437H

Image
Pihak PERKIM Wanita Ulu Klang turut menyumbangkan 'DUIT RAYA' kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan Program Tuisyen PERTAMA PERKIM Wanita Ulu Klang. Sesi penyampaian duit dijalankan selepas kelas oleh Pengarah program En. Azmanizam Baharon

SESI PERJUMPAAN IBUBAPA BAGI LAPORAN AKADEMIK

Image
Pihak Pengurusan telah mengadakan 2 kali perjumpaan ibubapa bagi berkongsi pencapaian akademik pelajar bersama ibubapa. Perjumpaan ini sekaligus memberi peluang pihak pengurusan mendapatkan maklumbalas akan perkembangan anak-anak mereka sepanjang sertai program Tuisyen PERTAMA anjuran PERKIM ini. Perjumpaan Ibubapa telah diadakan pada bulan Mac dan Bulan Jun yang lalu. Selain ibubapa, pihak pengurusan juga sering berhubung dengan pihak sekolah bagi memaklumkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa terutama kedatangan dan sahsiah pelajar.

Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2015 dan Majlis Meraikan Pelajar Tuisyen PERKIM 2016

Image
28 Mei 2016 - Satu Majlis meraikan pelajar Tuisyen PERKIM 2016 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2015 diadakan bagi memberikan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang telah Berjaya pada SPM yang lalu. Seramai 9 pelajar Tuisyen PERKIM sesi 2015 menerima Sijil Penghargaan masing-masing.  Pelajar Program Tuisyen PERKIM sesi lalu menerima Anugerah Kecemerlangan SPM    Pelajar Tuisyen PERKIM sesi 2016 bergambar beramai-ramai selepas program    Barisan penaja / dermawan yang dapat hadir di Majlis ini. (dari kanan En Yusoff Abd Rahman Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat Pharmaniaga Berhad, Datin Aziyah Omar, Cik  Asyrani Syazana binti Aminar Rashid Korporat Komunikasi UMW Corporation.     Berikut adalah nama-nama pelajar yang menerima Sijil Kecemerlangan SPM sesi lalu. 1 MUHAMMAD FIKRI KHUZAIRI BIN MOHD AZMAN   2 MUHAMMAD JAFFRI BIN CANDRA GHAZALI   3 SAIFUL IZHAM BIN ADNAN   4 MUHAMMAD RAZIF BIN M

Peperiksaan Semester 1

Image
Pelajar Tuisyen PERKIM mengikuti Peperiksaan Semester 1. Tujuan peperiksaan bagi menilai prestasi dan tahap pemahaman pelajar terhadap pelajaran yang telah dipelajari. Minggu peperiksaan bermula 16 - 20 Mei 2016

Seminar Celik Perancangan Kewangan anjuran Great Eastern Takaful Berhad

Image
14 Mei 2016 (Sabtu) - Great Estern Takaful Berhad (GETB) menjemput 45 pelajar-pelajar Tajaan Tuisyen PERKIM Wanita Ulu Klang ke Seminar Celik Perancangan Kewangan iaitu GETB Bijak Amwal Financial Literacy Programme di Menara Great Eastern, Jalan Ampang, KL. Program bermula jam 9.30 pagi hingga jam 2.00 petang. Program dikendalikan oleh consultant bertauliah iaitu Money Three Pelajar mendapat  banyak pendedahan mengenai pentingnya ilmu merancang kewangan, mengapa perlu merancang dan apakah persediaan dalam merancang kewangan secara 'fun learning' dan kreatif melalui program Money Three. Majlis dirasmikan oleh TENGKU SHEILA TENGKU AZIB, Vice President and Head of Brand and Marketing Communications GETB.

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Peperiksaan 2016

Image
13 Mei - Berlangsung satu Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Peperiksaan bagi memohon kepada ALLAH SWT agar anak-anak program Tuisyen PERKIM Wanita Ulu Klang (PERTAMA) diberikan kemudahan dan kerahmatan agar dipermudahkan ketika menjawab kertas-kertas peperiksaan. Minggu peperiksaan akan diadakan di sekolah masing-masing mulai 16 Mei. Majlis turut diserikan dengan acar potong kek bagi sambutan hari jadi tutor dan pelajar yang sambut 'besday' Januari hingga Mei.