Posts

Kelas Bimbingan Akademik 2025 pelajar rumah kebajikan Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras

Image
24 Mei 2025 - Kelas bimbingan Akademik SPM pelajar Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras. Matematik dan Sains oleh Cikgu Aswad Cikgu Aswad sedang memberikan bimbingan 2 matapelajaran teras SPM iaitu Sains dan Matematik

Kelas akademik di Yayasan Wardatul Jannah Kota Damansara

Image
23 April 2025 - Kelas bimbingan Akademik pelajar SPM2025 pelajar asnaf miskin di Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras dan anak-anak yatim Yayasan Wardatul Jannah Kota Damansara Kelas Bahasa Melayu bimbingan Cikgu Muhammad Iqbal di Rumah Anak Yatim Yayasan Wardatul Jannah Kota Damansara

Prestasi pelajar program bimbingan akademik meningkat dari semasa ke semasa

Image
Alhamdulillah, pencapaiaan murid-murid Tahun 4,5 dan 6 dan Pelajar Tingatan 1,2,3,4 dan 5 di Rumah Kasih Harmoni, Kg Paya Jaras Sungai Buloh meningkat dari semasa ke semasa hasil usaha dan kerja keras semua pihak terutama murid-murid di sini yang sentiasa memberikan fokus dan komitmen tinggi dalam pelajaran. Semoga usaha PERKIM ini dapat membantu dalam meningkatkan lagi prestasi akademik penghuni berjumlah 90 orang ini agar melalui pencapaian akademik dapat membina masa depan yang lebih baik. 

Kunjung Hormat Sektor Pengurusan Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Image
24 Mei 2023 - Rombongan Jawatankuasa PERKIM Cawangan Wanita Ulu Klang diketuai Puan Syarifah Zubaidah binti Syed Mahdzar bagi perbincangan program bimbingan akademik khususnya untuk calon SPM dalam kalangan pelajar Tahfiz dan anak-anak rumah kebajikan. Perbincangan dengan Bahagian Pendidikan Islam JAIS bagi mendapatkan sokongan dan kerjasama. Turut hadir Puan Faridah binti Md Isa selaku Bendahari PERKIM dan Encik Mohd Azamanizam bin Baharon Pengarah Program Kelas Akademik Tuisyen PERKIM Cawangan Wanita Ulu Klang

Kelas bimbingan akademik anak yatim Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras

 Guru memberikan bimbingan akademik kepada para pelajar di Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras

Kelas bimbingan akademik pelajar anak yatim di Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras (Sg. Buloh)

Image
Kelas Tuisyen PERKIM anjuran PERKIM Cawangan Wanita Ulu Klang sesi 2023 telah bermula dengan penyertaan 30 anak- anak yatim Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras Mudah-mudahan melalui kelas bimbingan akademik ini dapat meningkatkan prestasi dan penguasaan dalam matapelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains