Posts

Showing posts from 2020

Ujian Pertama Kelas Bimbingan Akademik Pelajar-pelajar Hafiz

Image
Ujian 1 diadakan bagi mengetahui level dan tahap penguasaan pelajar setakat Okotber 2020. Keputusan ujian menjadi penanda aras penerimaan dan pemahaman pelajar.

Kelas-kelas Akademik di bawah program PERKIM menjadi modul tambahan dalam aliran Tahfiz

Image
Pusat Tahfiz PITAS Gombak, Maahad Tahfiz Al-Bayan, Maahad Hafiz Al-Ikhsan Muar dan Mahad Hafiz Huda Al-Islam Larkin, Johor Bahru antara pusat Tahfiz yang bersetuju untuk kerjasama dengan PERKIM Cawangan Wanita Ulu Klang bagi kelas akademik sebagai persediaan tambahan sebelum pelajara Hafiz bergraduasi nanti. Sekurang-kurangnya mereka ada sijil SPM bagi memohon biasiswa kerajaan serta mambantu dalam permohonan melanjutkan pengajian di IPT dalam dan luar negara nanti.  Kelas akademik anak-anak Hafiz di Maahad Tahfiz PITAS Gombak Kelas akademik 4 matapelajaran teras untuk pelajar Tahfiz di Maahad Tahfiz Huda Al-Islam Larkin, Johor Bahru Cikgu Elly sedang mengajar Matematik untuk calon SPM 2020 yang bakal menduduki peperiksaan pada 6 Januari 2021. Mereka adalah pelajar Tahfiz Maahad Hafiz Al-Ikhsan Muar, Johor Pelajar-pelajar Tahfiz daripada Maahad Hafiz Al-Bayan, Kg. Merbau Indah, Sungai Buloh

MESYUARAT DAN PEMBENTANGAN LAPORAN PERTAMA PERJALANAN KELAS PERKIM SESI 2020

Image
Mesyuarat dan pembentangan LAPORAN PERTAMA PERJALANAN KELAS TUISYEN PERKIM SESI 2020 bersama JK Tertinggi PERKIM CAWAGAN WANITA ULU KLANG. Mesyuarat JK Pelaksanaan Kelas Tuisyen PERKIM Wanita Ulu Klang dihadiri Y.Bhg. Datin Suhana Sulaiman (Pengerusi), Puan Faridah Md Isa (Bendahari), Puan Huda (Setiausaha) Puan Syarifah Zubaidah (Timbalan Pengerusi) dan Encik Mohd. Azamanizam Baharon selaku Pengarah Projek

TAHNIAH pelajar Kelas Tuisyen PERKIM sesi 2019 atas kejayaan memperolehi kejayaan yang membanggakan

Image
Tahniah kpd NURUL AMIRAH LIANI atas kejayaan memperolehi 7A dalam SPM 2019. Amirah ialah pelajar tuisyen di bawah program TUISYEN PERKIM CAWANGAN WANITA ULU KLANG 2019 Berikut ucapan penghargaan daripada Ibu Amirah Saya ibu kepada nurul amirah liani dari sam paya jaras...nak ucapkan berbanyak terima kasih atas ilmu, jasa dan tunjuk ajar dari semua guru2...halalkan semua ilmu yg diberikan...hanya tuhan saja yg mampu membalasnya...alhamdulillah result anak saya cemerlang

Pelajar-pelajar miskin dan asnaf serta anak yatim sekitar Sungai Buloh, Kuang, Merbau Sempak dan Paya Jaras

Image
Kelas Bimbingan Akademik - Matematik bersama Cikgu Kamarul Ariffin Borhan. Kelas pada Isnin dan Selasa untuk Tingkatan 4. Rabu dan Khamis untuk SPM dan PT3 Kelas bermula jam 8.15 mlm hingga jam 10.15 malam untuk 4 matapelajaran teras iaitu 1. Bahasa Melayu 2. Matematik 3. Sains 4. Bahasa Inggeris

Sumbangan dan sokongan syarikat korporat membolehkan anak-anak yatim RUMAH KASIH HARMONI mengikuti kelas tuisyen PERKIM

Image
Kelas Bimbingan Akademik Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM untuk anak2 yatim dan asnaf di Rumah Kasih Harmoni (RKH) Paya Jaras Hilir. Kelas dijalankan setiap minggu hari Isnin dan Selasa.  20 pelajar terlibat

Kelas Tuisyen PERKIM untuk pelajar2 Tahfiz di Maahad Tahfiz Darul Ulama, Kg. Melayu Seri Kundang

Image
40 anak-anak Tahfiz dari Maahad Tahfiz Daru Ulama, Kampung Melayu Seri Kundang mengikuti kelas akademik iaitu hari Khamis dan Jumaat (malam) bagi matepalajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains

KELAS SESI 2020 - MOGA ANAK-ANAK DAPAT MENGIKUTI KELAS TUISYEN PERKIM HINGGA MENJELANG PEPERIKSAAN 2020

Image
Alhamdulillah, kelas bimbingan peperiksaan anjuran PERKIM Cawangan Wanita Ulu Klang kini memasuki tahun ke 20 sejak dimulakan pada tahun 2000. Dengan permulaan 20 pelajar pertama dari Asrama Damai, Kuang iaitu anak-anak yatim kini bilangan meningkat kepada 200 pelajar melibatkan 10 institusi termasuk maahad tahfiz, rumah anak yatim, asrama pelajar miskin dan sekolah agama menengah.

Kelas Bimbingan Akademik SPM Persendirian anak Tahfiz PITAS Gombak

Image
Kelas Akademik untuk pelajar Tahfiz PITAS di Gombak. Ini merupakan tahun ke 2 kelas. Jadual kelas Tuisyen PERKIM - AKADEMI GADING 2020 di Maahad Tahfiz PITAS Gombak Jumaat: 3.00 - 4.30 petang *Matematik* Sabtu: 3.00 -4.30 petang *Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris*