Posts

Showing posts from 2015

Majlis Jamuan Akhir Tahun Program Tuisyen PERKIM 2015

Image
Satu majlis BBQ sempena kelas terakhir program Tuisyen PERKIM atau ringkasnya PERTAMA telah dijayakan dengan sokongan dan kerjasama pelajar-pelajar Tuisyen PERKIM dan tutor pada 19 November 2015 di PERKIM Tuisyen Centre, Sungai Buloh. Hampir 40 pelajar hadir dan menikmati jamuan BBQ ayam, nasi goreng cina, capati dan daging kima. Pengarah Program PERTAMA Cikgu Azman bersama-sama dengan pelajar-pelajar yang mengenakan tema Majlis BBQ iaitu Arab Night Sebahagian pelajar perempuan yang turut mengambil bahagian 'Arab Night' Ayam BBQ sedang dipanggang oleh pelajar dan tutor Beratur mengambil juadah makanan Aktiviti selingan iaitu mencari barang. Hadiah turut disediakan Tutor bersama pelajar

MALAM ANUGERAH PELAJAR PROGRAM TUISYEN PERKIM 2015

Image
Satu Majlis Penghargaan dan Penyampaian Anugerah kepada Pelajar-pelajar Cemerlang di bawah program Tajaan Tuisyen Pelajar Miskin dan Anak Yatim (PERTAMA-PERKIM) di dalam pencapaian akademik. Majlis diadakan sempena Majlis Makan Malam Amal bagi meraikan Ibu Tunggal dan Miskin pada 31 Mei 2015 (Ahad) di Dewan Perdana Felda. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Azizah Mohd Dun Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga. Penerima Anugerah bergambar bersama-sama YB Datuk Azizah Mohd Dun dan sebelah beliau Y.Bhg Datin Hajah Norlia Tan Sri Marzuki Pengerusi PERKIM Wanita Ulu Klang Pelajar berjaya sesi 2014 gembira diraikan di majlis yang meriah ini

PROGRAM TUISYEN PERKIM 2015 - aktiviti bergambar

Image
Pelajar-pelajar sedang mengikuti kelas Tuisyen Pengarah Program Tuisyen PERKIM 2015 (PERTAMA) melihat dan memantau perkembangan akademik pelajar dari semasa ke semasa. Pelajar membuat tugasan yang diberikan oleh tutor Para pelajar bersyukur dengan adanya sumbangan para syarikat korporat, dapat mereka memperolehi kelas tambahan selain di sekolah Pelajar PERKIM sedang menjawab ujian bertulis. Ujian bagi melihat perkembangan pretasi akademik pelajar