Posts

Showing posts from 2014

Kecerian pelajar-pelajar terdiri Asnaf Miskin dan Anak Yatim

Image
Pelajar-pelajar Asnaf Miskin dan Yatim ceria dan gembira kerana dapat mengikuti kelas Tuisyen anjuran PERKIM Cawangan Wanita Ulu Klang Kelas UPSR setiap hari Rabu dan Khamis jam 8.30 - 10.30 malam Matapelajaran: 5 subjek Teras (BM 1, BM2, English, Matematik, Sains) Kelas PMR ada 3 sesi Sesi 1: Isnin dan Khamis jam 3.00 - 5.00 petang Sesi 2: Isnin dan Selasa jam 8.30 - 10.30 malam Sesi 3: Isnin dan Selasa jam 8.30 - 10.30 malam Matapelajaran: 6 subjek Teras (BM, English, Matematik, Sains, Sejarah dan Geografi) Kelas SPM ada 2 sesi Sesi 1: Isnin dan Khamis jam 3.00 - 5.00 petang Sesi 2: Isnin dan Selasa jam 8.30 - 10.30 malam Matapelajaran: 5 subjek Teras (B.Malaysia, English, Matematik, Sains dan Sejarah)

Program Qiam (Siri 1) 2014

Image
Satu lagi program kerohanian anjuran Projek PERTAMA telah diadakan pada Jumaat, 11 April 2014 iaitu Qiamullail 2014 bertujuan bagi bermunajat kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala usaha dan perancangan lebih-lebih lagi kepada pelajar peperiksaan 2014 pada hujung tahun ini. Program dimulakan dengan Salam Pengenalan oleh Pengarah Program En Mohd Azmanizam, diikuti Bacaan Yasin dan minum malam. Program Qiam bermula jam 4.00 pagi dengan dimulakan Solat Sunat Tahajjud, Hajat, Taubat dan Tasbih. Selepas solat Subuh berjemaah, Cikgu Arif iaitu salah seorang tutor PERTAMA menyampaikan tazkirah kepada para pelajar. Majlis berakhir jam 7.30 pagi. 

Majlis Penyerahan Mock-Cheque dan Majlis Ramah Mesra oleh Bank Muamalat (M) Berhad

Image
2 hb. Mac 2014 bersamaan 30 Rabiulakhir 1345H (Ahad) Satu Majlis Penyerahan Mock-Cheque dan Majlis Ramah Mesra oleh satu penaja Korporat iaitu Bank Muamalat (M) Berhad telah di adakan di PERTAMA - PERKIM Centre, KM 26 Jln. Kuala Selangor, Sungai Plong, Sungai Buloh dihadiri beberapa Ahli Jawatankuasa PERKIM Cawangan Wani\ta Ulu Klang diketuai oleh Puan Hajah Aishah binti Mohd Sharif (Pengerusi Tetap PERKIM Cawangan Wanita Ulu Klang), Puan Faridah Mohd Isa (Bendahari Kehormat) dan beberapa AJK yang lain. Pihak Bank Muamalat (M) Berhad dihadiri oleh Ustaz  Mohd Hafiz Haji Fauzi (Ketua Jabatan Syariah / Penasihat Tabung Mawaddah), En. Karim bin Dato Mohamad Adnan (Ketua Jabatan Komunikasi Korporat) dan Tuan Haji Che Mazlan bin Che Yusoff (Ketua Seksyen  Wakaf dan Sekretariat / AJK Tabung Mawaddah).

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Peperiksaan dan Memohon Kesejahteraan dan Kemakmuran Para Penaja Korporat / Individu

Image
Alhamdulillah, satu Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat pada 22 hb. Februari 2014 (Sabtu) jam 7.30 - 10.30 malam. Program dihadiri hampir 50 pelajar PERTAMA - PERKIM dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah, Bacaan Yasin, Solat Insya', Solat Taubat dan Solat Hajat. Program diakhiri dengan jamuan makan.

Salam Maulidur Rasul 1435H / 2014

Image
Salam Maulidur Rasul 1435H / 2014 daripada Pengerusi dan AJK PERKIM Cawangan Wanita Ulu Klang serta Pengarah dan barisan tenaga pengajar program Tuisyen Pelajar (PERTAMA-PERKIM) sesi 2014

Terima Kasih kepada para Penaja PERTAMA - PERKIM

Image
Sekalung Penghargaan dan Setinggi Terima Kasih kepada Penaja-penaja Program PERTAMA - PERKIM. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan kemurahan rezeki kepada syarikat-syarikat yang telah menyertai PERTAMA - PERKIM.  TERIMA KASIH KEPADA PARA PENAJA YANG SUDI MEMBIAYAI KOS PENGAJIAN, TUTUR DAN BAHAN-BAHAN PENGAJARAN KAMI DI SINI. MOGA ALLAH SWT MELIMPAHKAN DAN MEMURAHKAN LAGI REZEKI SYARIKAT-SYARIKAT DAN SEMUA KAKITANGAN.