Program Qiam (Siri 1) 2014

Satu lagi program kerohanian anjuran Projek PERTAMA telah diadakan pada Jumaat, 11 April 2014 iaitu Qiamullail 2014 bertujuan bagi bermunajat kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala usaha dan perancangan lebih-lebih lagi kepada pelajar peperiksaan 2014 pada hujung tahun ini. Program dimulakan dengan Salam Pengenalan oleh Pengarah Program En Mohd Azmanizam, diikuti Bacaan Yasin dan minum malam. Program Qiam bermula jam 4.00 pagi dengan dimulakan Solat Sunat Tahajjud, Hajat, Taubat dan Tasbih. Selepas solat Subuh berjemaah, Cikgu Arif iaitu salah seorang tutor PERTAMA menyampaikan tazkirah kepada para pelajar. Majlis berakhir jam 7.30 pagi. 







Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM PENILAIAN DAN PEMANTAUAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR

Kelas-kelas Akademik di bawah program PERKIM menjadi modul tambahan dalam aliran Tahfiz