PERTAMA - PERKIM (Sejarah dan Pengenalan)



 PERKIM CAWANGAN WANITA ULU KLANG
ProgramTuisyenPelajarMiskin/AnakYatim

A. Latar Belakang Program

Projek Tuisyen Pelajar Miskin dan Anak Yatim (PERTAMA) merupakan program dan inisiatif PERKIM Cawangan Wanita Ulu Klang sejak tahun 2000. PERTAMA dianjurkan bertujuan untuk memberi sokongan dan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang terdiri anak-anak yatim dan miskin melalui sumbangan dan tajaan.  Kelas tuisyen, Tutur.com, Program seminar peperiksaan dan motivasi diri, aktiviti sahsiah dan sesi bersama Tokoh / Eksekutif akan dijalankan bagi menyediakan peserta terlibat dalam menghadapi peperiksaan. Bagi penaja pula, ini merupakan platform dalam mengeratkan hubungan sirraturrahim bersama anak-anak yatim dan miskin ini. Ini dapat memupuk semangat dan perasaan kasih-sayang serta tanggungjawab terhadap golongan kurang bernasib baik ini.


Majlis Pelancaran PERTAMA-PERKIM 2000 di Dewan Rumah Anak Yatim Asrama Damai, Kuang. Dirasmikan oleh Al Fadil Haji Suhaimi Dzajuli, Pengetua Asrama Damai, Kuang


B. Aktiviti

 1) Kelas Tuisyen (2 hari seminggu)
           
KELAS
HARI
MASA
MATAPELAJARAN
SPM
Isnin
8.30  - 10.30 mlm
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris

Selasa
8.30  - 10.30 mlm
Matematik, Sains, Sejarah
PMR
Isnin
8.30  - 10.30 mlm
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris

Selasa
8.30  - 10.30 mlm
Matematik, Sains, Sejarah, Geografi
UPSR
Rabu
8.30  - 10.30 mlm
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris

Khamis
8.30  - 10.30 mlm
Matematik, Sains
Ting. 1
Rabu
8.30 – 10.30 mlm
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris

Khamis
8.30 – 10.30 mlm
Matematik, Sains, Sejarah

2) Bengkel Teknik Menjawab UPSR/PMR/SPM

3) Bengkel Teknik Belajar Berkesan

4) Kem Titian Kasih 2013 (Pangsun, Hulu Langat Selangor)



Kem Titian Kasih anjuran PERTAMA-PERKIM di Hulu Langat. Program bagi membina sahsiah dan peribadi pelajar-pelajar agar mampu menempuh apa jua halangan dan rintangan.


5)Laporan kepada penaja
            i) Laporan Akademik bulanan / peperiksaan sekolah / percubaan dan sebenar

            ii) Laporan kedatangan

            iii) ‘Report Card’ sekolah

6)Lawatan Sambil Belajar ke IPT (UIA)

7)Futsal (Selepas peperiksaan)


 C. Sejarah Projek PERTAMA dan kerjasama-kerjasama

i.              Kali Pertama- 2000 hingga 2003 PERKIM Wanita Ulu Klang.dan ahli-ahli PERKIM
ii.            Kali Keempat- 2004 PERKIM dengan kerjasama Persatuan Bekas Pelajar MRSM (ANSARA).
iii.           Kali Kelima- 2005 PERKIM dengan kerjasama Persatuan Bekas Pelajar MRSM (ANSARA).
iv.           Kali Keenam- 2006 PERKIM dengan kerjasama Persatuan Bekas Pelajar PMSM (ANSARA)
v.            Kali Ketujuh- 2007 PERKIM dengan kerjasama PERDASAMA
vi.           Kali Kelapan- 2008 PERKIM dengan kerjasama Persatuan Interaktif Muslimah Wilayah/Selangor
vii.          Kali Kesembilan- 2009/10 PERKIM dengan Persatuan Interaktif Muslimah Wilayah/Selangor
viii.        Kali Kesebelas – 2011 PERKIM dengan Surau Wisma DRB-Hicom
ix.           Kali Kedua belas – 2012 – PERKIM dengan beberapa badan korporat dan bank-bank.
x.            KaliKetiga belas – 2013 – PERKIM dengan kerjasama syarikat Korporat


Majlis meraikan anak-anak Yatim diadakan oleh Wanita Perkim bagi mengurangkan rasa rindu kepada keluarga tercinta. 
  D) Senarai Guru
Bil
Nama Guru
Bidang
Pengalaman*
1
Mohd Azamanizam Baharon
Matematik, B. Melayu, Sejarah, Geografi
15 tahun
2
Nur Aziyan Zainal Abidin
English
12 tahun
3
Azilah Husin
Sains, Matematik, Geografi
2 tahun
4
Muzaimi Izambri Mustafa
Sains, Matematik
8 tahun
5
Azli Azwan Ariff
Matematik Tambahan
5 tahun
6
Nor Ziliana Marzuki
English
5 tahun
7
Ameer Fawaz Zakaria
B.Melayu
2 tahun
8
Noorun Abdul Rahman
B.Melayu, Sc (Rendah)
8 tahun
9
Mohd. Ikram M.N. Wazir
Matematik, Sains
2 tahun
10
Azryn Kamison
Sejarah, Geografi
3 tahun
11
Norlela Ayob
B.Melayu
2 tahun
12
Nur Azirah Zainal Abidin
B.Melayu, Sejarah
12 tahun
13
Muhammad Azim
Sains, Matematik
4 tahun
14
Marhana
Sains, Matenatik
10 tahun
15
Wahidda Ibrahim
Sains, Math (Rendah)
7 tahun
*Pengalaman mengajar (dalam tahun)

E) Misi program PERTAMA


1.   TENAGA PENGAJAR BERPENGALAMAN
Program Tusiyen PERTAMA 2013 disokong oleh tenaga pengajar yang berpengalaman, professional dan pakar di dalam matapelajaran serta terlibat dalam pemeriksaan kertas peperiksaan.

2.   PROGRAM BIMBINGAN PENUH PEPERIKSAAN
Program bimbingan peperiksaan khusus calon UPSR, PMR dan SPM meliputi 2 hari kelas tuisyen, 1 hari kelas Tutur.com (menjawab soalan dan latih tubi menggunakan Internet), Ujian Bulanan dan Peperiksaan Percubaan.
     
3.   KAD LAPORAN DAN PERTEMUAN  IBUBAPA/WARIS
Kad Laporan dan Sesi Pertemuan Ibubapa (SPI) diadakan 2 bulan sekali bagi berkongsi pencapaian pelajar-pelajar dengan ibubapa atau waris masing-masing. Selain itu, pihak penganjur dapat maklumbalas daripada ibubapa mengenai perkembangan anak-anak dari semasa ke semasa.

4.   NOTA DAN UJIAN DIOGNASTIK
Nota dan ujian diognastik adalah terkini, mudah difahami dan berorentasikan peperiksaan. Markah ujian pula mengikut system grading yang digunapakai di MRSM dan SBP. Tujuannya supaya pelajar-pelajar sentiasa meningkatkan pencapaian ke tahap terbaik.

5.   PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
Program Peningkatan Akademik (PPA) dijalankan khusus kepada pelajar yang masih lemah di dalam matapelajaran tertentu. Program dijalankan secara berkumpulan dan bersifat perbincangan dalam kumpulan (PDK)

6.   PROGRAM PEMBINAAN SAHSIAH
Program Pembinaan Sahsiah (PPS) diadakan bagi membina sahsiah pelajar-pelajar program PERTAMA yang luhur dan teguh. Program yang dijalankan adalah seperti Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Tazkirah. Selain Kem Mutiara Pertiwi (KMP) dianjurkan bagi mewujudkan kerjasama, persefahaman, jati diri dan merapatkan lagi hubungan sirraturrahim antara pelajar dan guru-guru.
    
7.   PROGRAM MENTOR-MENTEE
Program Mentor-mentee (PMM) menyediakan platform kepada pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam matapelajaran bagi membantu rakan-rakan yang lemah. Ini kerana di dalam Islam, amat menggalakkan konsep mengajar ssebagai sebahagian daripada mencari keberkatan di dalam mencari ILMU.

8.   BILANGAN MINIMUM
Bilangan pelajar dalam setiap kelas 15 pelajar sahaja (maksimum)

Anak-anak Yatim Asrama Damai bersama salah seorang Penaja. Beliau ialah Tuan Haji Alang Zahari yang merupakan pemilik Stesyen Minyak PETRON Sungai Buloh ketika Majlis Pelancaran PERTAMA-PERKIM 13 tahun yang lalu.

Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM PENILAIAN DAN PEMANTAUAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR

Kelas-kelas Akademik di bawah program PERKIM menjadi modul tambahan dalam aliran Tahfiz