Posts

Majlis Anugerah Cemerlang SPM sempena Majlis Makan Malam PERKIM Cawangan Wanita Ulu Kelang

Image
  19 Mac 2023 bertempat di Dewan Tun Dr Ismail World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) Majlis Makan Malam PERKIM Cawangan Wanita Ulu Kelang dan Penganugerahan Pelajar Cemerlang SPM2021 Tahniah Y.Bhg Datin Suhana Sulaiman dan ahli Jawatankuasa PERKIM Cawangan Wanita Ulu Kelang terus memberi fokus pendidikan dan kebajikan sebagai teras program.  Program Tuisyen PERKIM Cawangan Wanita Ulu Klang bermula sejak 2000. Kini masuk tahun ke-23 dan berjaya memberi manfaat kepada 3500 pelajar

Selamat Menduduki SPM 2022

Image
 Semoga dapat menjawab dengan tenang dan beroleh kejayaan

Mesyuarat Jawatankuasa Pelarasan Program Tuisyen PERKIM Ulu Klang 2022/2023.

Image
 Mesyuarat Jawatankuasa Pelarasan Program Tuisyen PERKIM Ulu Klang 2022/2023.  Semoga calon SPM pelajar di bawah program Tuisyen PERKIM Ulu Klang dapat menjawab soalan dengan mudah dan dikurniakan limpahan kebajikan dan kejayaan kepada mereka.  Terima kasih 15 tenaga tutor yang terlibat dalam Program ini bagi sesi 2022/2022.

Kelas-kelas bimbingan akademik pelajar asnaf, anak yatim Tingkatan 5 calon SPM 2022/2023

Image
  Pelajar mengikuti kelas matapelajaran Teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Ingegris, Matematik dan Sains bimbingan Cikgu Farah dan Cikgu Putri Andani dengan tekun dan penuh komitmen.

Calon SPM Persendirian Darul Quran Gombak (Pusat Tahfiz) ikuti kelas persediaan SPM 2022/2023

Image
Kelas Bimbingan Akademik Tuisyen PERKIM Wanita Ulu Klang di Darul Quran PITAS Gombak (calon SPM Persendirian pelajar Tahfiz)

Kelas Bimbingan Akademik Ting 3, 4 dan 5 Rumah Kasih Harmoni (rumah ayah yatim) di Paya Jaras Sungai Buloh

Image
Pelajar-pelajar sekolah menengah mengikuti kelas-kelas akademik anjuran PERKIM Cawangan Wanita Ulu Klang. Pelajar mengikuti kelas bagi 4 subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains

Lawatan wakil syarikat System Consultancy System Sdn Bhd ke Kelas Tuisyen PERKIM

Image
Lawatan wakil syarikat System Consultancy System Sdn Bhd ke Kelas Tuisyen PERKIM Anjuran PERKIM Cawangan Wanita Ulu Klang di Sungai Buloh bagi melihat sendiri perjalanan kelas Bimbingan Akademik calon SPM pelajar asnaf/miskin.