Posts

MINGGU UJIAN BULAN OGOS 2016

Image
23 hb. Ogos - 1 hb September merupakan minggu Ujian Bulan Ogos. Tujuan ujian ini bagi menilai tahap pemahaman dan penguasaan pelajar di dalam subjek. Daripada ujian ini, pihak tutor akan mengenal pasti apakah kelemahan pelajar-pelajar akan dapat dibaiki segera sebelum menghadapi peperiksaan utama.

PROGRAM PENILAIAN DAN PEMANTAUAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR

Image
Pihak Pengurusan Tuisyen PERTAMA (PERKIM) Wanita Ulu Klang sentiasa memantau perkembangan prestasi pelajar Tuisyen PERKIM. Antara usaha berterusan ialah menganalisis 3 TOPIK UTAMA PELAJAR MASIH LEMAH ATAU TIDAK KUASAI. Dengan cara ini, tutor dapat mengesan dan membantu para pelajar yang masih tidak menguasai topic tertentu dan ini membantu pelajar dalam membuat persiapan menghadapi peperisaan.

SESI PENYAMPAIAN DUIT RAYA SEMPENA AIDILFITRI 2016/1437H

Image
Pihak PERKIM Wanita Ulu Klang turut menyumbangkan 'DUIT RAYA' kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan Program Tuisyen PERTAMA PERKIM Wanita Ulu Klang. Sesi penyampaian duit dijalankan selepas kelas oleh Pengarah program En. Azmanizam Baharon

SESI PERJUMPAAN IBUBAPA BAGI LAPORAN AKADEMIK

Image
Pihak Pengurusan telah mengadakan 2 kali perjumpaan ibubapa bagi berkongsi pencapaian akademik pelajar bersama ibubapa. Perjumpaan ini sekaligus memberi peluang pihak pengurusan mendapatkan maklumbalas akan perkembangan anak-anak mereka sepanjang sertai program Tuisyen PERTAMA anjuran PERKIM ini. Perjumpaan Ibubapa telah diadakan pada bulan Mac dan Bulan Jun yang lalu. Selain ibubapa, pihak pengurusan juga sering berhubung dengan pihak sekolah bagi memaklumkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa terutama kedatangan dan sahsiah pelajar.

Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2015 dan Majlis Meraikan Pelajar Tuisyen PERKIM 2016

Image
28 Mei 2016 - Satu Majlis meraikan pelajar Tuisyen PERKIM 2016 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2015 diadakan bagi memberikan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang telah Berjaya pada SPM yang lalu. Seramai 9 pelajar Tuisyen PERKIM sesi 2015 menerima Sijil Penghargaan masing-masing.  Pelajar Program Tuisyen PERKIM sesi lalu menerima Anugerah Kecemerlangan SPM    Pelajar Tuisyen PERKIM sesi 2016 bergambar beramai-ramai selepas program    Barisan penaja / dermawan yang dapat hadir di Majlis ini. (dari kanan En Yusoff Abd Rahman Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat Pharmaniaga Berhad, Datin Aziyah Omar, Cik  Asyrani Syazana binti Aminar Rashid Korporat Komunikasi UMW Corporation.     Berikut adalah nama-nama pelajar yang menerima Sijil Kecemerlangan SPM sesi lalu. 1 MUHAMMAD FIKRI KHUZAIRI BIN MOHD AZMAN   2 MUHAMMAD JAFFRI BIN CANDRA GHAZALI   3 SAIFUL IZHAM BIN...

Peperiksaan Semester 1

Image
Pelajar Tuisyen PERKIM mengikuti Peperiksaan Semester 1. Tujuan peperiksaan bagi menilai prestasi dan tahap pemahaman pelajar terhadap pelajaran yang telah dipelajari. Minggu peperiksaan bermula 16 - 20 Mei 2016