Surat sumbangan bagi program Tajaan Tuisyen PERKIM Cawangan Wanita Ulu Klang 2017

SUMBANGAN PROGRAM TUISYEN PELAJAR TERMISKIN DAN DHAIF 2017 ANJURAN PERKIM CAWANGAN WANITA ULU KLANG
 
Terlebih dahulu diucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak 1438H.

 2.         Huzaifah (16 tahun) dan Aina Nur Shafina (17 tahun) merupakan adik-beradik yatim piatu telah menerima manfaat dari Program Tuisyen PERKIM Wanita Ulu Klang sejak tahun 2013. Kedua-dua yang kematian ibubapa akibat kemalangan jalan raya 10 tahun yang lalu kini menumpang kasih dengan datuk dan nenek yang uzur dan hanya membuat kerja-kerja kampung. Huzaifah dan Aina antara 2,100 pelajar-pelajar dhaif dan termiskin yang telah mendapat pembelaan oleh para dermawan, badan-badan korporat melalui projek murni ini anjuran PERKIM Wanita Ulu Klang sejak tahun 2000 lagi.

 3.         Justeru, pihak PERKIM Cawangan Wanita Ulu Klang ingin memohon sumbangan bagi tajaan 28 pelajar SPM dan PT3 yang terdiri keluarga dhaif dan termiskin. Para pelajar kini sedang mengikuti kelas tuisyen setiap hari Isnin dan Selasa. Kos setahun RM900 (PT3) dan RM1000 (SPM). Bayaran cek di atas nama PERKIM CAWANGAN WANITA ULU KLANG atau no akaun Bank Muamalat Berhad No. Akaun: 14030000666713
 
PERKIM Cawangan Wanita Ulu Klang



Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM PENILAIAN DAN PEMANTAUAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR