Prestasi pelajar program bimbingan akademik meningkat dari semasa ke semasa
Alhamdulillah, pencapaiaan murid-murid Tahun 4,5 dan 6 dan Pelajar Tingatan 1,2,3,4 dan 5 di Rumah Kasih Harmoni, Kg Paya Jaras Sungai Buloh meningkat dari semasa ke semasa hasil usaha dan kerja keras semua pihak terutama murid-murid di sini yang sentiasa memberikan fokus dan komitmen tinggi dalam pelajaran. Semoga usaha PERKIM ini dapat membantu dalam meningkatkan lagi prestasi akademik penghuni berjumlah 90 orang ini agar melalui pencapaian akademik dapat membina masa depan yang lebih baik.