14 Mei 2016 (Sabtu) - Great Estern Takaful Berhad (GETB) menjemput 45 pelajar-pelajar Tajaan Tuisyen PERKIM Wanita Ulu Klang ke Seminar Celik Perancangan Kewangan iaitu GETB Bijak Amwal Financial Literacy Programme di Menara Great Eastern, Jalan Ampang, KL. Program bermula jam 9.30 pagi hingga jam 2.00 petang. Program dikendalikan oleh consultant bertauliah iaitu Money Three Pelajar mendapat banyak pendedahan mengenai pentingnya ilmu merancang kewangan, mengapa perlu merancang dan apakah persediaan dalam merancang kewangan secara 'fun learning' dan kreatif melalui program Money Three. Majlis dirasmikan oleh TENGKU SHEILA TENGKU AZIB, Vice President and Head of Brand and Marketing Communications GETB.