Majlis Penyerahan Mock-Cheque dan Majlis Ramah Mesra oleh Bank Muamalat (M) Berhad
2 hb. Mac 2014 bersamaan 30 Rabiulakhir 1345H (Ahad) Satu Majlis Penyerahan Mock-Cheque dan Majlis Ramah Mesra oleh satu penaja Korporat iaitu Bank Muamalat (M) Berhad telah di adakan di PERTAMA - PERKIM Centre, KM 26 Jln. Kuala Selangor, Sungai Plong, Sungai Buloh dihadiri beberapa Ahli Jawatankuasa PERKIM Cawangan Wani\ta Ulu Klang diketuai oleh Puan Hajah Aishah binti Mohd Sharif (Pengerusi Tetap PERKIM Cawangan Wanita Ulu Klang), Puan Faridah Mohd Isa (Bendahari Kehormat) dan beberapa AJK yang lain. Pihak Bank Muamalat (M) Berhad dihadiri oleh Ustaz Mohd Hafiz Haji Fauzi (Ketua Jabatan Syariah / Penasihat Tabung Mawaddah), En. Karim bin Dato Mohamad Adnan (Ketua Jabatan Komunikasi Korporat) dan Tuan Haji Che Mazlan bin Che Yusoff (Ketua Seksyen Wakaf dan Sekretariat / AJK Tabung Mawaddah).